Total Pageviews

Wednesday 8 February 2012

Kegairahan dan Semangat

Sambungan : Aku Seorang Pengarang


Ehsan dari google

Rabu (9:50 mlm) Member aku dah mula buat blog, aku masih dok lengah-lengah so aku jadi kalut sikit sebab dia  dah mula menulis. Hrm.. kali ni aku nak cerita pasal pendapat aku sendiri mengenai tatucara pembelajaran untuk IPT. Apabila ditawarkan belajar di IPT dengan course yang kita minat semangat untuk kita belajar berkobar-kobar contahnya aku, aku kini belajar kembali course yang aku minat iaitu sains komputer. Pada semester pertama matapelajaran untuk course aku adalah Agama Islam. Walaupun agak tiada kena mengena pada course yang aku ambil (tetapi kena mengena dengan hidup aku) aku masih bersemangat sebab pada sem. yang pertama ini, hanya satu matapelajaran sahaja.
Pada semester kedua mata pelajaran aku ialah Pengajian Malaysia dan Bahasa Kebangsaan dan terdapat dua matapelajaran lagi yang mengenai sains komputer. Dua matapelajaran tersebut aku agak cemerlang akan tetapi Bahasa Kebangsaan dan Pengajian Malaysia agak merosot ditambah pula masalah yang aku hadapi iaitu tiada rumah sewa untuk aku berpindah. Fokusnya, pada bahasa kebangsaan dan pengajian Malaysia kegairahan aku untuk belajar atau semangat aku agak kendur mungkin kerana masalah yang dihadapi atau bukan matapelajaran yang aku minat. Bagi pendapat aku sendiri yang belum dicop betul atau tidak, pada semester pertama dan hingga ke semester akhir, pelajar patut diberikan dahulu matapelajaran khusus untuk diambil. Ini bagi mengelakkan kejatuhan gred-gred para pelajar atau pointer. Bagi matapelajaran tambahan di akhirkan pada semester-semester akhir kerana matapelajaran tersebut adalah "back-up" untuk cukupkan gred-gred ataupun pointer.
Apabila hampir selesai pengajian terutama matapelajaran khusus telah tamat, pelajar-pelajar mungkin sibuk mengira gred-gred bagi mencukupkan CGPA 4.00. Jadi matapelajaran tambahan ini dapat membantu mereka. Dengan ini pelajar mungkin bertungkus-lumus berusaha untuk mencapai target atau matlamat masing-masing. Dalam pada itu matapelajaran Tambahan tersebut mungkin dapat dikuasai dengan mudah dan cemerlang.

No comments:

Post a Comment